Tuesday 21 August 2012

Mimpikan arwah Mengubat kerinduan :'(

MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH

Jam menujukkan pkul 3:59a.m ..mate aku takley terlelap terigtkan Awak...
Air Mata takhenti mengalir menaip blog :'(.... 

Lepas solat hajat kol 12.30a.m tadi aku baca yassin tiap kali lepas solat hajat.. Tak lupa untuk ain sedekahkan Fatihah kepada Arwah tersyg,MUHAMMAD AMIRUL dan ahli keluarga yg lain. Tapi tadi tak tahu kenapa hati aku rase sebak,sayu je smpai aku menangis ketika membaca yassin. Yea aku tau kenpa?sebb aku rindukan arwah :(


Selepas selesai solat dan membce yasin aku terus tertlelap... tadi aku bermimpi arwah hadir dalam mimpi aku.. Mungkin Tuhan bg sedikit rezeki untk aku melepskan rindu pda arwah. Dan dalam mimpi tu arwah datang hulurkan tangan dari jauh nak ajak aku pergi ,Seolah-olah ianya berada dalam realiti kehidupan yang mana aku rasakan arwah masih hidup. :( Terima Kasih ya Allah kerana memberi aku sedikit ubat menghilangkan kerinduan terhadap arwah


Kadang-kadang aku masih tak percaya arwah sememangnya dah di ambil Allah swt hampir 2tahun die da tggalken aku. Kenpa? Bkan kerna aku menidakkan hukum Allah, tapi kdg2 aku masih rasakan arwah sentiasa dekat dengan aku. Walau apapon aku tetap menerima takdir Allah swt. Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali. Mati itu pasti. Yang hidup pasti pergi. Hanya bila, bagaimana dan mengapa itu adalah rahsia Allah swt.

Dalam solat aku tak pernah tinggal untuk doakan kesejahteraan arwah di sana. Hanya doa sahaja hadiah aku untuk arwah. Banyak aku fikirkan kalau lah arwah ada mesti dia bla..bla..bla..itu lah selalu yang aku ungkapkan. Tapi itulah hakikatnya Allah swt lebih menyayangi dia dulu. Doa aku tak pernah putus untuk arwah, Insyallah selagi aku hidup itulah hadiah aku untuk dia. Semoga Allah sentiasa membimbing dan tidak menarik nikmat aku untuk mengingatinya. Ameen


Sebagai orang islam kami percaya tiap takdir Allah SWT, Ajal dan maut tetap akn menjemput kita. Cuma ajal dan maut adalah rahsia Allah. Dia tetap datang tak kira cepat atau lewat walau sesaat. Aku redha dengan ujian ini. Insyallah. Semoga arwah  MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH ditempatkan dikalangan org-org yg beriman. AL-FATIHAH...


No comments: