Sunday 22 April 2012

Kisah Duka KUcing Yang Menanti TUannya Untuk Pulang ^.^




Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang..
ni cerita kucing arwah pakcik..
kucing ni arwah pakcik panggil Tampong(Tompok)..actually Tompok ni tak cantik pon..bulu tak lebat..pakcik kutip dekat pasar..time tu Tompok ni kecik lagi..berkurap..hodoh giler..
pakcik buat balik rumah..bela sampai besar..sampai gemook gedebok..
punyalah sayang arwah pakcik kat Tompok..pakcik sayang melebihi pakcik sayang bini pakcik…
walaupon Tompok bukan kucing siam, parsi atau yang berbulu gebu2..pakcik sangat sayang dekat tompok..
Tompok tak pernah mencuri ikan walaupon ade kat depan mata.selagi pakcik tak bagi..dia xkan ambil..(peribahasa kucing kalau nampak ikan depan mata tak terpakai dalam konteks Tompok ini.Sekian terima kasih)
Tompok tak pernah berak dan kencing merata kat dalam rumah.
Tompok kenal bunyik motor pakcik..bunyi je motor pakcik dari jauh..terus berlari keluar rumah tunggu pakcik
Tompok hambat ayam2 daripada masuk ke dalam rumah pakcik..
Tompok sangat bertolak ansur dengan kucing parsi pakcik bernama Putih yang comel macam Lisa Surihani..Tompok tak pernah berebut makanan ngn Putih..kalau masing2 meluru kearah makanan..Tompok akan bagi peluang kepada Putih yang gebu dulu makan..kemudian bila Putih dah tak nak makan..baru Tompok pergi makan..
seminggu sebelum pakcik meninggal..Tompok duk bertenggek je atas motor pakcik (Tompok bukan mat rempit okay!)..time tu pakcik kat hospital..seminggu kat atas motor.Tompok bukan merempit..tapi Tompok tunggu pakcik…macam dia dah tahu2 pakcik nak pergi..
bila pakcik meninggal..
seminggu tompok langsung xjamah makanan..Tompok hampir mati..badannya jadik kurus kering..
bila sebulan dah pakcik pergi..baru Tompok boleh terima..Tompok mula makan dan jadik gemook balik..tapi setiap hari..tompok akan bertenggek kat atas gerai...*termenung macam menunggu sesuatu..
(dah 6 bulan pakcik pergi..tapi macamnilah setiap hari..bila malam baru Tompok masuk dlm rumah.)
Tompok mesti tunggu pakcik balik..
Tompak mesti tunggu pakcik manja2 kan dia
Tompok mesti rindu pakcik yang kutip die di jalanan..
sebab tu baru saya faham,,kenapa nabi sangat menyayangi kucing..kucing sebenarnya sangat suci hatinya..kadang2 air mata saya menitis tengok keadaan Tompok..bila balik kerja je..terus saya ke rumah pakcik main2 ngn Tompok..
(Tompok..walaupun abah Tompok dah xde..kakak boleh je gantikan abah Tompok..kakak syg kat Tompok mcm abah Tompok sayang kat Tompok..)
saya seseorang yang sangat mencintai kucing seperti saya mencintai buah hati dan sahabat2 saya..…karena,bagi saya,,kucing itu dapat menghiburkan saya saat saya sedih..
lap ayaq mata jap sebelum nak sambung menulis..:(
ok.
saya pon ade kucing..kucing kite ni baby meow namanya..sebab dia masih kecik dan anak dara lagi.
ni ha,.baby meow kite yang xsedar dek untung..perasan diva..kejenye asyik mengkedarah je..nak syampoo yang baunya sama ngn syampoo saya..nak pakai rantai yang ade kat leher saya..nak minum susu Duct lady sama ngn saya..giler demand..tp takpe..kakak syg baby mewo sangat2…..:)


Saturday 14 April 2012

Bersangka baiklah kepada Allah,Sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah dia


“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. 

Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”


“Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatknnya, kita tetap akan dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jikaAllah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan mendapatkannya.”


” Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain , tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu . ”


“Sebatang pohon cinta yang ditanam harus berakarkan kejujuran. Agar tunas-tunas yang keluar berdaunkan kesetiaan, berbungakan ketulusan. Lalu siramilah ia dengan kasih dan sayangdan dipupuk serta dibaja dengan kepercayaan. InsyaAllah ia akan tumbuh subur.”


Mungkin Allah tarik sedikit kenikmatan sedia ada dari kita untuk menguji, Siapa sangka suatu hari nanti Allah nak bagi nikmat yang lebih besar dari nikmat yang sedia ada untuk kita…..Apa salahnya bersangka baik pada Allah kan ? ♥


Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak berbuat dosa, tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat ♥
“Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.”


Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..


“Bila Allah tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga DIA menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU.. Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU.. Semoga Allah memberikan kita yang terbaik dengan segala keindahan hati & ketaqwaan kepadaNya..InsyaAlla
h.”



Tuesday 10 April 2012

Kisah Hurairoh seekoor Kucing (Menyanyat Hati) ....

Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua 


suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga.


 Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu 


waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya 


Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk 
angin dan dapat menyebabkan sakit.



“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun? Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,..''cegah isterinya''.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,..”kata si suami''.


“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.
 Kata si isteri.


“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah. Balas suaminya dengan gembira.

“Meow..Meow….” Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya(Harun).

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.




Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.

Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu (harun). Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.

Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.

“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.

Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “meow..meow..meow''*Hurairoh menahan kesakitan. Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.



Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berpanjangan. 

Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

~Ambillah iktibar ape yg berlaku...terdapat banyak pengajaran yang boleh didapati di dalam cerita ini...Sesungguhnya, di akhir zaman ramai manusia yang buta hati...Sama-samalah kita berprasangka baik terhadap haiwan...Sekiranya kita tidak menyukai kucing, jangan hasut anak akita supaya membencinya sekali...Anak-anak kita juga berhak menyayangi makhluk lain...Ceritakanlah perkara yang baik-baik mengenai haiwan comel ini kepada anak-anak kita....Secara tidak langsung kita bakal melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan...Insyaallah...