Saturday 25 August 2012

Mesej Dari Bunga dan Rama-Rama







Dengan Lafaz bismillahirahmanirrahim, aku nak kongsi 1 cerita tentang "Rama-rama dan Bunga"
 .Suatu ketika dulu..aku dapat 1 ilmu dari seorang guru sewaktu aku sekolah rendah..dia suka untuk kongsikannya dengan aku...Oleh yang demikian, sekarang giliran aku untuk berkongsi dengan pengunjung blog aku...



THE BUTTERFLY.....AND.....THE FLOWER

                         Seorang lelaki sering berdoa kepada ALLAH SWT
                                    agar diberikan bunga dan rama-rama..

                           Namun ALLAH SWT memberikannya KAKTUS..


                                                      dan CATERPILLAR..





Lelaki ini sedih..Tidak faham mengapa pemberian-NYA
berbeza dari permintaannya..

Kemudian...

dia berfikir..ALLAH SWT mempunyai terlalu
ramai umat untuk diuruskan..

dan dia memutuskan untuk tidak
mempersoalkannya...

Selepas 1 tempoh, lelaki ini memikirkan semula
permohonan doanya yang telah
lama dilupakannya...

Lelaki ini amat terperanjat apabila
melihat dari pokok KAKTUS YANG HODOH
dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik!

DAN...

dari ULAT yang terselindung
telah bertukar menjadi rama-rama
yang cantik!


ALLAH SWT SENTIASA MELAKUKAN SEMUA PERKARA DENGAN BETUL!


CARA ALLAH SWT SENTIASANYA CARA TERBAIK.
WALAUPUN KELIHATAN SEMUANYA SALAH.


Jika anda memohon untuk sesuatu dan menerima yang lain dari ALLAH SWT, PERCAYALAH! pastinya ALLAH SWT sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang diperlukan...Kadangkala Allah tidak beri apa yg kita pinta sebalikyer dia beri apa yang kita perlu...ALLAH SWT tidak akan pernah gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...


DURI HARI INI...

ADALAH BUNGA HARI ESOK!

ALLAH SWT mengurniakan pilihan terbaik
kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA..



''THE END''


No comments: